Kalkulator Isipadu

Kiraan Isipadu kotak

Semua pakej, barang atau kotak akan di kira sebagai kotak empat segi.

Sebagai contoh, isipadu sebuah kotak berbentuk silinder akan dikira sebagai (tinggi * lebar * panjang) dan bukannya (πr2)

 

Kalkulator Isipadu

Klik disini untuk cara mengukur kotak

 

Cara Mengukur Kotak

Terdapat 3 ukuran asas yang perlu diambil untuk mengira isipadu iaitu tinggi, lebar dan panjang. Bagi barang/kotak yang tidak berbentuk empat, anda perlu mengambil ukuran dibahagian yang paling panjang.

Bagi kotak empat segi biasa, lokasi untuk mengukur tingi, lebar dan panjang adalah seperti dibawah.


Bagi kotak yang tidak berbentuk empat segi tepat, ukuran akan diambil dibahagian yang paling panjang. Sebagai contoh beg dibawah, ukuran panjang diambil hingga ke hujung roda beg.


Bagi barang yang tidak dimasukkan didalam kotak, seperti basikal dibawah. Ukuran akan diambil dibahagian yang paling panjang.

Sebagai contoh, lebar basikal diukur mengikut panjang handle, ketinggian plana basikal dari tanah diambil sebagai tinggi dan panjangnya pula adalah dari hujung roda depan hingga roda belakang.


Untuk menjimatkan caj penghantaran ke Malaysia, anda disarankan untuk memasukkan barang-barang anda kedalam kotak. Sebagai contoh, basikal yang telah dibuka (disamble) dan dimasukkan ke dalam kotak, isipadunya kurang 30% berbanding basikal yang tidak dibuka.

Kembali ke Kalkulator

Ukuran 'purata' yang akan digunakan

Untuk melancarkan operasi, kami akan menggunakan purata ukuran bagi kotak-kotak yang disenaraikan dibawah.

  • uHaul
    • Small: 16.5*12.625*12.625 in
    • Medium: 18.3*18.1*16.25 in
    • Large: 18.25*18*24.25 in
    • Extra Large: 24*18.25*24.25 in
  • Home Depot bukan Heavy Duty
    • Small: 12.25*16*12.5 in
    • Medium: 22.125*16.25*15.5 in
    • Large: 18.25*18.5*24.5 in
    • Extra Large: 22*22.25*22 in
  • Home Depot Heavy Duty
    • Extra Small: 12*15*10.25 in
    • Small: 16.5*12.625*12.625 in
    • Medium: 22.125*16.5*15.75 in
    • Large: 18.25*18.5*25 in
    • Extra Large: 22.5*22.25*22.25 in
  • Lowes bukan Heavy Duty
    • Small: 12*16.25*12.25 in
    • Medium: 18*18.25*16.375 in
    • Large: 18*24*18.25 in
  • Lowes Heavy Duty
    • Small: 12.25*16.25*12.75 in
    • Medium: 18.25*18.25*16.75 in
    • Large: 24*18.5*18.75 in