Servis Kami
Adakah anda tahu servis mana yang anda perlukan?
Sila baca Terma dan Syarat Standard Mail-Boy.
-
Baca Terma dan Syarat Standard Mail-Boy
Saya sudah baca, daftar sekarang
Dapatkan harga pickup
Kembali semula
Forwarding Mail-Boy
Tarikh akhir penerimaan barang untuk Trip Air Freight adalah pada 31 Dec 2023.
Barang yang sampai ke gudang Mail-Boy selepas 31 Dec 2023 akan dimasukkan kedalam trip seterusnya secara automatik.
-
Baca Terma dan Syarat Forwarding Mail-Boy
Saya sudah baca Terma dan Syarat, daftar sekarang
Kembali semula
Adakah anda berada di US atau di Malaysia?
Adakah anda mahu membeli barang daripada laman web US dan menghantarnya ke alamat Mail-Boy?
Adakah barang anda ada di US dan anda perlukan khidmat pickup dari Mail-Boy?
Adakah anda ingin Mail-Boy belikan barang bagi pihak anda?
Adakah barang-barang yang ingin dibawa pulang ada bersama anda, atau akan dibeli daripada laman web?
Adakah anda mahu menghantar terus barang yang dibeli ke alamat Mail-Boy?
Berdasarkan maklum balas anda, perkhidmatan yang paling sesuai untuk anda adalah Standard Mail-Boy.
Mail-Boy menyediakan khidmat pickup dari kesemua 48 negeri utama di US.
Berdasarkan maklum balas anda, perkhidmatan yang paling sesuai untuk anda adalah Forwarding Mail-Boy.
Anda boleh membeli barang dari mana-mana laman web US, dan hantarkan ke alamat Mail-Boy.
Apabila barang diterima, Mail-Boy akan memaklumkan kepada anda melalui email.
Terma dan Syarat
Forwarding Mail-Boy
$14.00/cft
Perkhidmatan Forwarding Mail-Boy adalah bagi anda yang berada di Malaysia dan ingin membawa pulang barang-barang yang dibeli daripada mana-mana laman web US ke tanah air.
Anda boleh membeli sendiri dan hantarkan barang ke gudang Mail-Boy, atau Mail-Boy boleh belikan bagi pihak anda.
Senarai Trip Forwarding
Nama Trip | Barang perlu sampai sebelum | ETA | Kadar |
---|---|---|---|
Sea Freight Mac 2023 | 20 Mar 2023 | Jun 2023 | $14.00/cft |
Air Freight | 31 Dec 2023 | 2-3 minggu selepas berlepas | $52.00/cft |
Apa yang perlu dibuat?
- Setelah mendaftar dan menerima alamat gudang Mail-Boy beserta ID melalui email, anda boleh terus membeli-belah.
- Hubungi Mail-Boy jika anda ingin Mail-Boy belikan barang bagi pihak anda.
- Email berserta nombor tracking akan dihantar apabila Mail-Boy menerima pakej atas nama anda. Log Masuk ke akaun anda untuk semakan nombor tracking yang telah diterima Mail-Boy.
- Log Masuk dan isi Borang Kastam. Borang Kastam perlu diisi sebelum membuat pembayaran.
Caj Berkaitan
- Caj Pembelian: Caj $5.00/item (maksimum $10/order)akan dikenakan jika Mail-Boy diminta untuk membeli barang bagi pihak anda. Deposit penuh diperlukan.
- Isipadu Minimum per Trip: Caj minimum untuk isipadu adalah berbeza mengikut trip, sila rujuk borang pendaftaran untuk maklumat lanjut. Jika isipadu kurang daripada jumlah minimum, barang tetap akan diproses. Sebagai contoh: Minimum 5cft, jika barang hanya 1-4cft, isipadu tetap akan dianggap sebagai 5cft.
- Isipadu Minimum per Kotak: Isipadu minimum untuk setiap kotak pula adalah 1.0 cft. Bagi kotak yang kurang dari 1.0 cft, isipadu kotak tersebut akan dianggap sebagai 1.0 cft atau kotak mungkin di masukkan kedalam kotak yang lebih besar (Caj Pembungkusan akan dikenakan).
- Caj Pembungkusan:
- Caj Buruh: $2.00/cft
- Harga kotak:
- Small Moving Box (~1.5 cft): $2.75/kotak
- Medium Moving Box (~3.2 cft): $3.00/kotak
- Large Moving Box (~4.8 cft): $4.50/kotak
- Extra Large Moving Box (~6.3 cft): $5.50/kotak
- Hampir semua pakej akan dibungkus semula bagi menjamin barang yang dihantar tidak rosak dalam perjalanan.
- Caj Pemeriksaan: Caj $2.00/cft (minimum $4.00/kotak) akan dikenakan bagi pelanggan yang meminta Mail-Boy untuk memeriksa isi kandungan pakej yang diterima. Hanya pemeriksaan kasar akan dibuat. Untuk mendapatkan gambar, caj tambahan $4.00/gambar akan dikenakan. Jika pelanggan tidak menggunakan servis pemeriksaan barang ini, Mail-Boy tidak akan bertanggungjawab jika terdapat barang yang hilang/rosak. Ini kerana terdapat kemungkinan besar barang telah rosak semasa tiba ke alamat MailBoy, ataupun seller/retailer tersalah hantar barang.
-
Caj Pemulangan: Caj pemulangan $3.00/pakej dikenakan sekiranya pelanggan ingin meminta Mail-Boy untuk memulangkan semula pakej yang dibeli kepada penjual. Berikut adalah cara untuk pulangkan pakej kepada penjual.
- Pelanggan berikan alamat kepada Mail-Boy, Mail-Boy akan buat shipping label yang baru. Kos shipping label perlu ditanggung oleh pelanggan
- Pelanggan perlu memberikan shipping label yang sah melalui email atau WhatsApp dalam format .pdf mahupun .jpg sahaja untuk Mail-Boy tampal pada pakej yang hendak dipulangkan. QR code, return slip atau return barcode tidak dikra sebagai shipping label.
- Caj Berat: Bagi kotak yang melebihi 50lbs, caj berat $4.00/cft akan dikenakan untuk setiap 25lbs.
- Caj Lewat: Caj $5.00/hari akan dikenakan jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 21 hari selepas invois dihantar.
- Caj Penghantaran: Anggaran caj penghantaran dari gudang di Cheras, Selangor ke rumah adalah seperti berikut:
- Lembah Klang: RM50/alamat + RM10/kotak
- Luar Lembah Klang: RM85/alamat + RM15/kotak
- Sabah/Sarawak kawasan bandar: RM390.00 untuk setiap 34 cft
- Caj Pengesahan: Bagi kotak yang dihantar tidak mengikut format nama yang diberikan atau menggunakan nama orang lain yang tidak didaftarkan lagi, Caj Pengesahan $2/cft (minimum caj $4) akan dikenakan untuk proses pengesahan pemilik sebenar.
- Penerimaan Surat: Caj $1/surat dikenakan untuk surat yang ingin diambil gambar dan dipanjangkan (forward) kepada pelanggan melalui email atau aplikasi WhatsApp.
- Caj Penukaran Servis: Jika pakej hendak ditukar daripada servis Air Freight ke Sea Freight, ataupun sebaliknya, caj pemeriksaan akan dikenakan ($2/cft minimum $4).
Maklumat Tambahan
- Barang yang sampai sebelum 'tarikh akhir penerimaan barang' sesuatu trip akan dimasukkan kedalam trip tersebut secara automatik.
- Barang yang sampai selepas 10 hari 'tarikh akhir penerimaan barang', akan dimasukkan ke trip berikutnya secara automatik.
- Tiada caj penyimpanan di US dikenakan. Oleh yang demikian, barang yang sampai akan dihantar ke Malaysia secara automatik dalam trip yang ada. Barang tidak akan disimpan untuk trip berikutnya.
- Bagi tujuan keselamatan, Mail-Boy berhak membuka dan memeriksa kotak tanpa notis.
- Barang-barang terlarang yang dijumpai oleh Mail-Boy akan dirampas dan dilupus tanpa notis.
- Kontena akan sampai ke Pelabuhan Klang sekitar tiga bulan selepas kontena berlepas.
- Urusan kastam US dan Malaysia akan diuruskan sepenuhnya oleh Mail-Boy.
- Semua barang akan dikira sebagai kotak empat segi dan ukuran terpanjang untuk setiap penjuru akan diambil. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk disini.
- Borang Kastam perlu diisi di laman web Mail-Boy. Sila Log Masuk dan isi Borang Kastam. Borang Kastam perlu diisi sebelum membuat pembayaran.
- Harga per cft yang dinyatakan adalah dari lokasi Mail-Boy di US ke alamat semenanjung Malaysia sahaja (tertakluk kepada pengecualian).
- Untuk melancarkan proses, kami menggunakan purata ukuran bagi kotak-kotak yang biasa digunakan. Senarai jenis kotak dan ukuran boleh didapati disini.
- Penghantaran barang yang boleh pecah seperti kaca dan seramik atas risiko sendiri, Mail-Boy tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan.
- Barang sampai ke alamat Mail-Boy tidak mengikut format yang betul, dan tidak dituntut dalam masa 6 bulan, akan dikira lupus.
- Semua barang akan dikira lupus bagi invois yang tidak diselesaikan dalam masa 3 bulan daripada tarikh dikeluarkan.
- Bagi mengelakkan riba, caj lewat yang terkumpul akan didermakan kepada badan kebajikan. Mail-Boy tidak akan menggunakan duit kutipan caj lewat untuk kegunaan sendiri.
- Mail-Boy berhak menukar kadar caj penghantaran dari masa ke semasa tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada pelanggan.
- Pihak Mail-Boy boleh menggunakan mana-mana barang pelanggan untuk tujuan promosi tanpa perlu mendapat persetujuan daripada pelanggan.
- Mail-Boy tidak menyediakan freight cargo insurance. Pelanggan boleh dapatkan sendiri daripada pihak ketiga (third party insurance). Mail-Boy tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang.
- Terma dan syarat mungkin akan dikemaskini daripada semasa ke semasa tanpa notis.
Terma dan Syarat
Standard Mail-Boy
$12.50/cft
Standard Mail-Boy adalah bagi anda yang berada di US dan ingin membawa pulang barang peribadi ke Malaysia. Anda boleh menghantar terus barang-barang anda ke gudang Mail-Boy di Harrington, DE atau Mail-Boy datang ke tempat anda.
Barang-barang perlulah dilabel menggunakan label yang diberikan didalam email pendaftaran.
Senarai Trip Standard
Nama Trip | ETA | Kawasan | Kadar |
---|---|---|---|
Sea Freight Mac 2023 | Jun 2023 | East Coast, Midwest and Mountain |
$12.50/cft Kotak terpilih †: $11.00/cft |
† Potongan $1.50/cft jika menggunakan kotak-kotak ini: Lowe's Heavy Duty Small, Lowe's Heavy Duty Medium atau Lowe's Heavy Duty Large. |
Apa yang perlu dibuat?
- Hubungi Mail-Boy untuk tarikh dan masa pickup bagi kawasan anda.
- Jika anda mahu menghantar barang anda ke gudang Mail-Boy di Harrington, DE, sila maklumkan kepada Mail-Boy seminggu awal.
- Tampal label pada setiap kotak anda. Hanya gunakan Template label yang telah dihantar melalui email.
- Log Masuk dan isi Borang Kastam. Borang Kastam perlu diisi sebelum membuat pembayaran.
Caj Berkaitan
- Potongan Harga: Potongan $1.50/cft jika menggunakan kotak-kotak ini: Lowe's Heavy Duty Small, Lowe's Heavy Duty Medium atau Lowe's Heavy Duty Large.
- Isipadu Minimum per Trip: Caj minimum untuk isipadu adalah berbeza mengikut trip, sila rujuk borang pendaftaran untuk maklumat lanjut. Jika isipadu kurang daripada jumlah minimum, barang tetap akan diproses. Sebagai contoh: Minimum 5cft, jika barang hanya 1-4cft, isipadu tetap akan dianggap sebagai 5cft.
- Isipadu Minimum per Kotak: Isipadu minimum untuk setiap kotak pula adalah 1.0 cft. Bagi kotak yang kurang dari 1.0 cft, isipadu kotak tersebut akan dianggap sebagai 1.0 cft atau kotak mungkin di masukkan kedalam kotak yang lebih besar (Caj Pembungkusan akan dikenakan).
- Caj Berat: Bagi kotak yang melebihi 50lbs, caj berat $4.00/cft akan dikenakan untuk setiap 25lbs.
- Caj Lewat: Caj $5.00/hari akan dikenakan jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 21 hari selepas invois dihantar.
- Caj Label: Caj $2.00/kotak akan dikenakan bagi kotak yang tidak dilabel dengan betul.
- Caj Penyimpanan di US: Caj $1.50/cft akan dikenakan bagi pelanggan yang menghantar kotak ke gudang Mail-Boy bukan pada hari pemunggahan. Untuk semakan tarikh pemunggahan, sila hubungi Mail-Boy.
- Caj Pickup: Untuk anggaran caj pickup, sila gunakan kalkulator ini. Kotak-kotak perlu diletakkan di luar bangunan, sama aras dengan tempat lori boleh diparking. Caj tambahan $5/kotak/tingkat, minimum $50/pelanggan akan dikenakan jika kotak-kotak perlu dibawa naik. Jika barang perlu dibawa turun pula, caj tambahan adalah $2/kotak/tingkat, minimum $20/pelanggan.
-
Caj jika kotak di'wrap': Mail-Boy amat tidak menggalakkan pelanggan untuk mengwrap kotak. Antara sebabnya adalah:
- label yang ditampal pada kotak yang diwrap mudah tertanggal
- silotep pada kotak lain amat mudah tertanggal jika bergeser dengan kotak yang diwrap
- permukaan plastik wrap yang kesat/melekat menyukarkan proses untuk menyusun kotak
- Caj Penghantaran: Anggaran caj penghantaran dari gudang di Cheras, Selangor ke rumah adalah seperti berikut:
- Lembah Klang: RM50/alamat + RM10/kotak
- Luar Lembah Klang: RM85/alamat + RM15/kotak
- Sabah/Sarawak kawasan bandar: RM390.00 untuk setiap 34 cft
Maklumat Tambahan
- Bagi tujuan keselamatan, Mail-Boy berhak membuka dan memeriksa kotak tanpa notis.
- Barang-barang terlarang yang dijumpai oleh Mail-Boy akan dirampas dan dilupus tanpa notis.
- Kontena akan sampai ke Pelabuhan Klang sekitar tiga bulan selepas kontena berlepas.
- Urusan kastam US dan Malaysia akan diuruskan sepenuhnya oleh Mail-Boy.
- Semua barang akan dikira sebagai kotak empat segi dan ukuran terpanjang untuk setiap penjuru akan diambil. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk disini.
- Borang Kastam perlu diisi di laman web Mail-Boy. Sila Log Masuk dan isi Borang Kastam. Borang Kastam perlu diisi sebelum membuat pembayaran.
- Harga per cft yang dinyatakan adalah dari lokasi Mail-Boy di US ke alamat semenanjung Malaysia sahaja (tertakluk kepada pengecualian).
- Untuk melancarkan proses, Mail-Boy menggunakan purata ukuran bagi kotak-kotak yang biasa digunakan. Senarai jenis kotak dan ukuran boleh didapati disini.