Soalan-soalan lazim

Frequently asked questions (FAQs)

Soalan-soalan lazim

Mail-Boy ada WhatsApp tak?

Ya, ada. Nombor WhatsApp Mail-Boy adalah +1 (814) 777-8806.

Makluman, beza waktu antara US dan Malaysia adalah 12 jam, 2.00 petang di Malaysia bersamaan 2.00 pagi di US. Harap maaf jika mesej dibalas lewat sedikit.

Kembali keatas

Macam mana harga Mail-Boy?

Caj Mail-Boy adalah berdasarkan isipadu kotak, cft (cubic feet atau kaki padu). Klik disini untuk bantuan mengira isipadu.

Sebagai contoh, sebuah kotak Lowe's Medium adalah lebih kurang 3.2 cft dan sebuah kotak Lowe's Large pula lebih kurang 4.67cft.

Caj minimum untuk isipadu adalah berbeza mengikut trip, sila rujuk borang pendaftaran untuk maklumat lanjut. Jika isipadu kurang daripada jumlah minimum, barang tetap akan diproses. Sebagai contoh: Minimum 5cft, jika barang hanya 1-4 cft, isipadu tetap akan dianggap sebagai 5 cft

Minimum 1.0 cft untuk setiap kotak. Bagi kotak yang melebihi 50lbs, caj berat $4.00/cft akan dikenakan untuk setiap 25lbs.

Barang yang tidak dimasukkan di dalam kotak, atau barang bukan empat segi akan dikira sebagai empat segi. Klik disini untuk bantuan visual.

Kembali keatas

Bila trip/shipment paling dekat?

Trip terkini Mail-Boy adalah pada Sea Freight Nov 2021.

Mail-boy akan mengumumkan tarikh trip terbaru di laman web Mail-Boy.com dan di dua laman sosial kami, Facebook dan Instagram. Jemput like dan follow laman sosial Mail-Boy.

Kembali keatas

Berapa lama barang akan sampai?

Kebiasaannya sesebuah kontena akan mengambil masa sekitar tiga bulan untuk sampai ke Malaysia daripada tarikh kontena berlepas.

Sebagai contoh, kontena yang akan berlepas pada 23 Disember 2021 dijangka akan tiba pada Mac 2022.

Kembali keatas

Barang apa yang tidak dibenarkan?

Barang yang melanggar undang-undang Malaysia/Amerika atau yang melanggar syara' adalah tidak dibenarkan.

Untuk melanggan perkhidmatan Mail-Boy, pelanggan haruslah bersetuju untuk tidak menghantar barang-barang yang terlarang. Barang-barang terlarang yang dijumpai akan dirampas dan dilupus tanpa notis. Mail-Boy tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian.

Kembali keatas

Tak dapat email pendaftaran lagi?

Kadang-kala, email pendaftaran yang dihantar masuk ke folder junk/spam/promotion. Sila semak folder terbabit sekitar beberapa jam selepas membuat pendaftaran.

Jika email pendaftaran masih belum dijumpai lagi, anda boleh meminta salinan email pendaftaran sekali lagi dari laman ini.

Kembali keatas

Macam mana nak bayar kepada Mail-Boy?

Untuk memudahkan pelanggan, Mail-Boy menerima pembayaran melalui tiga cara berikut.

Zelle (juga dikenali sebagai Chase QuickPay)
  Cek (cek dari Bank US sahaja diterima)


Tiada pembayaran perlu dibuat sebelum penghantaran barang atau untuk menempah perkhidmatan Mail-Boy. Mail-Boy akan menghantar invois sekitar beberapa hari selepas kontena berlepas.

Kembali keatas

Boleh ke kalau nak beli online dan hantar ke alamat Mail-Boy?

Boleh sangat, Mail-Boy memang menyediakan perkhidmatan forwarding. Ramai pelanggan Mail-Boy yang membeli barang di website US seperti amazon.com, walmart.com, ebay.com, macys.com dan sebagainya.

Apabila barang sampai ke gudang Mail-Boy di US, Mail-Boy akan memaklumkan tracking number tersebut kepada pemilik melalui email.

Kembali keatas

Kalau tak ada kad kredit macam mana?

Usah risau, Mail-Boy boleh membuat pembelian untuk pihak anda. Caj pembelian hanya $5/item, maksimum $10 untuk setiap order.

Untuk membuat tempahan, sila log masuk ke akaun anda. Kemudian klik "Servis Belikan Barang" -> "Tempahan Baru".

Kembali keatas

Apa alamat Mail-Boy untuk hantar barang yang dibeli online?

Untuk mendapatkan alamat Mail-Boy, pelanggan perlu mendaftar dipautan ini Mail-Boy.com/daftar.

Pendaftaran akan diproses serta-merta dan email akan dihantar. Sila semak Junk/Promotion folder anda jika tidak menerima email daripada Mail-Boy dalam masa beberapa jam. Anda juga boleh cuba search "[email protected]" dalam email anda.

Kembali keatas

Kalau nak beli kereta atau motosikal boleh ke?

Kami berpengalaman menguruskan penghantaran kereta dan motosikal ke Malaysia. Permohonan AP untuk kenderaan juga akan diuruskan oleh Mail-Boy.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Kembali keatas

Adakah pelanggan perlu berurusan dengan kastam?

Urusan kastam US dan Malaysia akan diuruskan sepenuhnya oleh Mail-Boy. Sesetengah shipping company menawarkan harga yang murah, akan tapi mereka akan mengenakan 'caj kastam' (customs clearance) berlebihan apabila barang sudah tiba di Malaysia. Pelanggan tiada pilihan lain selain membayar apa sahaja jumlah yang dipinta.

Untuk rekod, sejak beroperasi 2012, Mail-Boy tidak pernah mengenakan 'caj kastam' kepada pelanggan-pelanggan Mail-Boy.

Pelanggan hanya perlu mengisi 'Borang Kastam' di laman sawang Mail-Boy.
Log Masuk > Trip > Senarai Langganan > Isi Borang

Kembali keatas

Ada caj penyimpanan (storage fee) tak?

Caj penyimpanan di Malaysia hanya akan dikenakan kepada pelanggan yang tidak melanggan Home Delivery Service dan gagal mengambil barang dalam sela masa yang diperuntukkan. Storage fee perlu dibayar secara tunai di gudang ketika mengambil barang.

Bagi pelanggan Standard Mail-Boy, caj penyimpanan di US sebanyak $1.50/cft akan dikenakan bagi pelanggan yang menghantar kotak ke gudang Mail-Boy bukan pada hari pemunggahan. Untuk semakan tarikh pemunggahan, sila hubungi Mail-Boy.

Kembali keatas

Di Malaysia, nak minta hantar ke alamat berlainan boleh ke?

Boleh. Hanya daftar disini menggunakan nama, email dan alamat Malaysia yang berlainan.

Setiap ID hanya boleh dihantar ke satu alamat, atau perlu dipickup sekali gus.

Kembali keatas

Boleh tak minta Mail-Boy pickup barang dari rumah?

Boleh! Mail-Boy menyediakan khidmat pickup untuk kesemua 48 negeri utama di US. Ini termasuk khidmat sama ada Mail-Boy pickup barang dari mana-mana kedai atau pickup barang dari kediaman anda.

Anggaran caj pickup boleh didapati menggunakan kalkulator ini: Shipping Calculator

Kembali keatas

Macam mana nak label kotak?

Pelanggan Forwarding tidak perlu melabel kotak, kotak-kotak akan dilabel oleh Mail-Boy. Bagi pelanggan kategori Standard, anda perlu menggunakan template label yang diberikan melalui email.

Kembali keatas

Ada diskaun/macam mana nak dapat murah?

Hanya untuk pelanggan Standard Mail-Boy, potongan kadar $1.50/cft akan diberikan jika anda menggunakan kotak dibawah: Kembali keatas

Kalau bayar lambat, ada late fee tak?

Pembayaran perlu dilakukan dalam masa seminggu setelah invois dihantar ke email anda. Caj lewat $5/hari akan dikenakan selepas itu.

Bagi mengelakkan riba, kutipan daripada caj lewat akan disumbangkan kepada badan kebajikan dan tidak akan digunakan oleh Mail-Boy.

Kembali keatas

Apa caj tambahan yang saya perlu tahu?

Senarai penuh caj tambahan ada dinyatakan di sini, Servis Kami.

Kembali keatas

CFT tu apa??

CFT adalah singkatan bagi cubic feet atau kaki padu. CFT adalah unit untuk isipadu.

Klik disini untuk panduan mengira isipadu dalam cft.

Kembali keatas

Macam mana nak kira isipadu (volume) dalam cft?

Mudah sahaja, anda boleh menggunakan kalkulator isipadu yang Mail-Boy sediakan.

Apabila mengira isipadu, Mail-Boy akan menganggap semua barang adalah kotak empat segi. Sebagai contoh, isipadu sebuah kotak berbentuk silinder akan dikira sebagai (tinggi * lebar * panjang) dan bukannya (πr2)

Kembali keatas

Macam mana nak ukur kotak dengan betul?

Ada tiga ukuran asas yang anda perlu ambil untuk mengira isipadu iaitu tingi, lebar dan panjang. Bagi barang/kotak yang tidak berbentuk empat segi, anda perlu mengambil ukuran dibahagian yang paling panjang.

Klik disini untuk bantuan visual cara mengambil ukuran kotak.

Kembali keatas

Boleh beli barang dari laman web mana?

Anda boleh membeli barang dari mana-mana laman web, tidak terhad dari senarai ini sahaja.

*Terdapat sesetengah website yang tidak boleh dibuka dari Malaysia seperti laman web Corelle. Corelle US akan menghantar anda ke Corelle Asia. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu install perisian proxy server seperti Windscribe.com. Kemudian setkan server anda kepada US, baru boleh buka dari Malaysia.

Senarai laman web yang lebih lengkap boleh didapati di sini blackfriday.com

Elektronik
bhphotovideo.com
newegg.com
bestbuy.com
dell.com

Bayi
carters.com
gracobaby.com
gymboree.com

Beg
surprise.katespade.com
michaelkors.com
dillards.com
nordstrom.com
macys.com
ebags.com

Fesyen
levis.com
6pm.com
macys.com
overstock.com

Dapur
*corelle.com
*shopworldkitchen.com

Kasut
zappos.com
crocs.com

Rumah
homedepot.com
lowes.com
wayfair.com
bedbathandbeyond.com

Pelbagai barang
amazon.com
walmart.com
ebay.com
target.com


Kembali keatas

Kalau beli barang kaca atau yang mudah pecah macam mana?

Apabila pakej sampai ke alamat kami, tetapi tiada permintaan untuk pemeriksaan lanjut, kami hanya akan menilai keadaan barang samada pecah ataupun tidak daripada luaran dan bunyi sahaja.

Jika terdapat permohonan untuk pemeriksaan lanjut dilakukan, kami akan membuka kotak dan memeriksa keadaan barang didalamnya.

Untuk kotak yang tidak diperiksa, kami tidak bertanggjungjawab sekiranya barang didapati pecah apabila sampai ke pelanggan.

Penghantaran barang yang boleh pecah seperti kaca dan seramik atas risiko sendiri, Mail Boy tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan.

Kembali keatas

Macam mana caranya nak minta periksa barang?

Permohonan untuk memeriksa barang perlu dipohon sebelum barang sampai ke alamat Mail Boy.

Caj $2.00/cft (minimum $4.00/pakej) akan dikenakan untuk memeriksa isi kandungan pakej yang diterima.

Hanya pemeriksaan secara kasar akan dibuat seperti ada rosak yang jelas, ada cecair bocor/tumpah, ada yang patah dan sebagainya. Pemeriksaan terperinci tidak disediakan. Contohnya kalau pelanggan beli khemah, kami tak akan buka dan pasang khemah untuk pastikan semua item cukup dan tak ada cacat cela.

Kebiasaannya, bagi pakej yang dikenalpasti ada barangan kaca didalamnya, kami akan goncangkan sedikit untuk dengar ada bunyi pecah atau tidak walaupun tiada permohonan untuk pemeriksaan lanjut dipohon. Jika ada dengar bunyi pecah, kami akan maklumkan melalui emel.

Jika pelanggan tak minta kami periksa pakej, andai kata ada barang rosak/hilang apabila sampai di Malaysia, kami tak akan beri ganti rugi disebabkan terdapat kemungkinan besar barang rosak sewaktu kami terima, bukan sewaktu penghantaran ke Malaysia.

Jika pelanggan minta kami periksa kotak dan kami dah sahkan barang dalam pakej tu tak rosak atau cacat secara kasar, andai kata barang pecah bila sampai Malaysia, ganti rugi akan diberikan bergantung kepada keadaan.

Selepas inspection, untuk mendapatkan gambar, ada caj tambahan $4.00/gambar akan dikenakan.

Kembali keatas

Saya hantar barang tapi tak ikut format nama yang betul, macam mana ye?

Jika barang sampai ke alamat Mail-Boy tidak mengikut format yang betul, barang akan diasingkan dan diletakkan di rak barang tanpa pemilik.

Untuk menuntut pakej yang tersalah nama, anda perlu menghubungi kami melalui WhatsApp berserta maklumat dibawah untuk proses pengesahan pemilik:
  • Nombor tracking
  • Salinan invois pembelian
  • Nama barang dan kuantiti
Caj pemeriksaan akan dikenakan untuk proses pengesahan pemilik.

Barang yang tidak dituntut dalam masa 6 bulan, akan dikira lupus.

Kembali keatas

Kalau barang tak cukup/hilang/rosak, apa yang saya perlu buat?

Setelah menerima barang daripada Mail-Boy, sila laporkan sebarang masalah seperti barang yang tidak cukup atau rosak dalam masa 2 minggu untuk kami ambil tindakan.

Sila ambil maklum, bahawa penghantaran barang yang boleh pecah seperti kaca dan seramik atas risiko sendiri, Mail Boy tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan.

Kembali keatas